Perak mahu tubuh pusat sehenti mudahkan penggambaran filem - Utusan Malaysia

Perak mahu tubuh pusat sehenti mudahkan penggambaran filem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 29 Sept. – Kerajaan negeri mahu berbincang dengan pembikin-pembikin filem bagi mencari jalan untuk memudahkan mereka menjalankan penggambaran di Perak.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya memikirkan cadangan penubuhan sebuah pusat sehenti bagi mempercepat segala urusan untuk mendapatkan permit termasuk kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), polis mahupun bomba.

“Pembikin filem hanya perlu pergi ke satu tempat untuk mendapatkan kesemua kelulusan permit bagi memudahkan mereka menjalani penggambaran filem atau drama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, kita ke arah itu. Saya hendak berbincang dengan pengkarya-pengkarya seperti Mamat Khalid agar kita dapat cari jalan bagaimana beliau boleh menasihati pihak kerajaan bagi merealisasi harapan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan buku berjudul ‘Cherita Sutradara dan Seniman Mamat Khalid’ bersempena penganjuran Pesta Buku Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, di sini hari ini.

Hadir sama pengarah filem, Mamat Khalid dan Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini