8,320 anggota APM sedia hadapi banjir - Utusan Malaysia

8,320 anggota APM sedia hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 28 Sept. – Seramai 8,320 anggota dan 841 aset Angkatan Pertahanan Awam (APM) diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi musim tengkujuh bermula November ini hingga Mac tahun depan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi APM, TPj. (PA) Roslan Wahab berkata, pihaknya sudah membuat persediaan bagi menghadapi banjir berikutan fenomena monsun timur laut itu termasuk latihan pengurusan banjir dan kursus pusat pemindahan.

“Kita akan menempatkan aset-aset sedia ada dan baharu seperti bot penyelamat dan lori di lima zon iaitu utara, tengah, selatan, pantai timur serta Sabah dan Sarawak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, kita akan menempatkan tambahan aset di negeri di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang yang terjejas teruk ketika banjir pada 2014 kerana khuatir kejadian sama akan berulang kembali,” katanya pada sesi Taklimat Persediaan APM Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika, di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pembangunan Bersekutu APM, Datuk Musa Omar dan Pengarah APM negeri, Kol. (PA) Mat Zin Bujang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini