LONDON 28 Sept. – Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) memberi amaran kepada Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) agar menghormati `garisan merah’ Teheran atau akan menghadapi tindak balas.
Timbalan Ketua IRGC, Brigadier Jeneral Hossein Salami mengeluarkan amaran itu ketika Amerika Syarikat (AS) dan sekutu negara Teluk meningkatkan tekanan terhadap Teheran untuk menghalang pengaruhnya di rantau berkenaan.
“Jika kamu memasuki garisan ini kami pasti akan memasuki garisan kamu pula. Kamu sendiri tahu apa `ribut’ yang boleh kami lakukan,’’ katanya.
Beliau turut memberi amaran agar kedua-dua negara menghentikan komplot dan ketegangan.
“Kamu bukan kebal. Kamu duduk dalam sebuah rumah kaca dan tidak akan mampu menghadapi dendam Iran..kami telah menunjukkan keupayaan kami,’’ katanya. – Reuters











