DBP anjur kursus asas Bahasa Melayu untuk ahli Parlimen, Dewan Rakyat - Utusan Malaysia

DBP anjur kursus asas Bahasa Melayu untuk ahli Parlimen, Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sedang merangka modul asas Bahasa Melayu khusus untuk ahli Parlimen dan Dewan Rakyat bermula pada Januari tahun depan.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malek berkata, usaha tersebut merupakan sebahagian daripada perjuangan DBP untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan wakil rakyat terbabit.

“Mereka yang ingin memperbaiki mutu Bahasa Melayu diminta menghubungi DBP. Pada masa sama, kursus ini juga dibuka kepada wakil-wakil kedutaan asing di sini,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar mengenai Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, menerusi pengiktirafan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), setiap bandaraya yang terpilih sebagai Ibu Kota Buku Dunia perlu melaksanakan aktiviti perbukuan, kesusasteraan dan gerakan membaca selama setahun mulai 23 April pada tahun penganugerahan sehingga 22 April tahun berikutnya.

DBP telah diamanahkan untuk mengetuai dan menyelaraskan gerak kerja pencalonan tersebut serta membentuk pasukan sekretariat yang turut dianggotai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Majlis Buku Kebangsaan dan Perpustakaan Negara.

Hadir sama pada majlis tersebut Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini