Pemikiran UMNO belum berubah sepenuhnya - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Pemikiran UMNO belum berubah sepenuhnya – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Akibat terlalu lama menjadi kerajaan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengakui pemikiran parti itu belum berubah sepenuhnya menjadi pembangkang.

Demi memastikan situasi itu dapat diperbaiki, Ahmad Zahid mahu membiarkan apa jua perbahasan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2018 kali ini menjadi lebih terbuka.

“Saya faham bahawa set minda kita belum lagi banyak bertukar kerana terlalu lama di dalam kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maka apa yang saya ingin timba daripada pendapat yang akan dikemukakan oleh semua perwakilan negeri, tentunya saya tidak harus melakukan sebarang sekatan,” katanya dalam wawancara bersama portal UMNO Online yang disiarkan hari ini.

Malah katanya, sebagai parti pembangkang, perhimpunan kali ini akan tertumpu kepada usul ucapan Presiden sahaja dan tidak perlu lagi usul ekonomi, agama dan pendidikan yang dibuat sewaktu UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi kerajaan.

“Perwakilan bebas untuk memberikan pandangan dan saya mengharapkan pandangan semua untuk kita menuju ke hadapan dan meninggalkan nostalgia, tanpa meninggalkan sejarah UMNO yang panjang selama 72 tahun,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini