KUALA LUMPUR 27 Sept. – Home Direct Shopping Sdn. Bhd. (HDS), sebuah syarikat pesanan pos yang membawa jenama Best Products mengumumkan pemenang Kempen Ke-17 yang telah berlangsung pada Julai hingga Ogos lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif HDS, Chew Mei Ling berkata, pemenang hadiah utama, kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM150,000, RM30,000 dan RM3,999.
Katanya, pada sesi penyerahan hadiah itu para pemenang turut diberi peluang untuk menjamu selera bersama selebriti dan Duta Best Products iaitu Datuk Jalaludin Hassan, Ramlah Ram dan Ras Adiba Radzi.
“Para pemenang kelihatan begitu gembira dan teruja melihat selebriti pujaan mereka yang turut hadir untuk bersama-sama meraikan kemenangan itu. Kami membawakan sedikit kelainan yang mana para pemenang diberi peluang untuk mencipta kenangan bersama selebriti yang mereka minati.
“Kami sentiasa memikirkan inisiatif baharu bagi menzahirkan penghargaan buat para pelanggan kami” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pemenang hadiah utama Kempen Ke-17 Best Products, Nordin Mohammad, 56, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan merupakan seorang pemandu peribadi.
Beliau meluahkan rasa gembira dan bersyukur di atas kemenangannya itu.











