Bekas pegawai tentera calon Pas di Port Dickson - Utusan Malaysia

Bekas pegawai tentera calon Pas di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 28 Sept. – Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat), Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar, 57, diumumkan sebagai calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan perkara itu dalam majlis pengisytiharan calon di Markas Pas Cawangan Bukit Tembok, Pasir Panjang, dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir ialah Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad; Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan serta Pesuruhjaya Pas negeri, Mustaffa Daharun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Nazari yang berasal dari Batu Pahat, Johor berkhidmat selama 28 tahun dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pernah menjadi Pengarah Perkhidmatan TUDM serta Pegawai Pemerintah Markas Operasi TUDM, Kuala Lumpur.

Beliau yang kini merupakan pengetua Maahad Tahfiz Darul Iman, Bandar Tenggara turut mengusahakan ladang durian Musang King.

PRK Parlimen Port Dickson diadakan selepas penyandang kerusi, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan baru-baru ini bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Dewan Rakyat.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 Oktober ini sebagai hari mengundi dan penamaan calon pada Sabtu ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini