UNGA: Mahathir jumpa tiga pemimpin dunia - Utusan Malaysia

UNGA: Mahathir jumpa tiga pemimpin dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini berada di sini bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sesi ke-73 (UNGA) dari 25 hingga 29 September ini, semalam telah mengadakan pertemuan dengan tiga pemimpin negara asing.

Ketiga-tiga pemimpin itu ialah Perdana Menteri Britain, Theresa May, Presiden Iran, Hassan Rouhani dan Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kesemua pertemuan itu berjalan baik dengan masing-masing menyatakan hasrat untuk meneruskan hubungan dan mempertingkatkan hubungan dua hala yang sedia terjalin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, pada pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, May menyatakan hasrat utamanya  untuk meneruskan hubungan dengan negara-negara ASEAN yang selama ini terjalin lancar berikutan kedudukan negara itu sebagai anggota Kesatuan Eropah (EU).

“Mereka berharap selepas meninggalkan atau tiada lagi dalam EU, satu bentuk hubungan dapat dilakukan antara mereka dan ASEAN,” katanya kepada kumpulan media Malaysia di sini. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini