PUTRAJAYA – Pengerusi Maybank Asset Management Group, Hasnita Hashim dilantik sebagai Pengerusi baharu Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkuat kuasa 1 Oktober depan.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam, Hasnita yang kelulusan PhD dalam bidang Nuklear Fizik daripada Universiti Oxford, Britain mempunyai pengalaman 26 tahun dalam pengurusan kewangan global.
Selain itu, kenyataan tersebut menyebut, Hasnita, 57, pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Guidance Investments, sebuah anak syarikat Guidance Financial Group.
“Beliau memulakan kariernya di Coopers & Lybrand Deloitte, London sebagai seorang aktuari. Beliau merupakan ahli Institute of Actuaries.
“Kini, beliau ialah Pengerusi Maybank Asset Management Group dan juga ahli lembaga pengarah Maybank Berhad,” kata kenyataan itu.











