PUTRAJAYA – Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, memberi keterangan selama hampir 13 jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bekas Perdana Menteri itu dan lebih 20 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.
Rosmah tiba di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 9.50 pagi dengan menaiki kereta Proton Perdana selepas bertolak dari kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur. Kereta membawa Rosmah ke kompleks SPRM tidak diiringi polis pengiring.
Bagaimanapun, ketibaan Rosmah di kompleks SPRM disambut wakil media dan kawalan ketat polis di bangunan tersebut.
Rosmah kelihatan tenang semasa melangkah masuk ke bangunan SPRM.
Memuatkan artikel berkaitan…
Difahamkan, tindakan memanggil Rosmah adalah bagi membolehkan siasatan selanjutnya dilakukan berhubung lebih 20 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram dan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun suaminya.











