United diaibkan Derby di Old Trafford - Utusan Malaysia

United diaibkan Derby di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

APA sudah jadi di Old Trafford? Bagaikan hilang kata-kata apabila menyaksikan kelab gergasi Manchester United tersingkir pada pusingan ketiga Piala Kejuaraan England (EFL) selepas dimalukan kelab kerdil Liga Kejuaraan England, Derby County awal pagi semalam.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas tamat 90 minit permainan, namun peraturan musim ini menetapkan tiada masa tambahan menyaksikan pemenang ditentukan melalui sepakan penalti dengan Derby meraih kemenangan 8-7.

Pengurus United, Jose Mourinho sejak awal lagi menyedari pasukannya memiliki kekurangan apabila berdepan situasi sepakan penalti memandangkan Phil Jones dan Eric Bailly dijangka berdepan masalah selain The Red Devils sudah kehilangan penjaga gol, Sergio Romero yang dilayangkan kad merah pada minit ke-67.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penjaga gol Derby, Scott Carson muncul wira buat skuad bimbingan Frank Lampard itu apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti Jones bagi memastikan kemenangan berpihak kepada The Rams.

“Saya menurunkan kesebelasan utama yang benar-benar boleh bersaing pada aksi ini. Saya sangat berbangga dengan kejayaan mereka dan ia amat menakjubkan,” kata Lampard yang pernah mendapat bimbingan Mourinho ketika bersama Chelsea.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini