Kokedama semakin diminati - Utusan Malaysia

Kokedama semakin diminati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 Sept. – Hanya dengan mempelajari teknik menghasilkan pokok bebola lumut atau pokok kepal menerusi internet, seorang pengusaha nurseri memberanikan diri mencubanya.

Hairul Anwar Karman, 39, tertarik dan berminat dengan pokok bebola lumut atau lebih dikenali sebagai kokedama setelah mengetahui cara-cara membuat tanaman hiasan itu.

Kokedama sesuai ditanam dalam pasu untuk mencantikkan rumah. Bahannya hanya tanah campuran, spaghnum atau lumut hijau, pokok hiasan, air, tali, gun­ting dan gunting pertanian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jika kokedama diterjemahkan bermaksud koke iaitu lumut dan dama pula bermakna bulat. Bahasa mudahnya bebola lumut atau seni pokok kepal.

Kokedama boleh dijadikan tanaman hiasan secara gantung atau diletakkan pada bekas termasuk barangan terpakai seperti tempurung dan sabut kelapa.

Menurut Hairul yang merupakan bekas penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS), kokedama semakin popular terutama mereka yang meminati tanaman hiasan.

Katanya, ini kerana tidak memerlukan kos yang tinggi malah menjimatkan kerana boleh menggunakan barangan terpakai selain sesuai dijadikan aktiviti keluarga.

Beliau yang mengambil jurusan Sarjana Muda Taman Alam Semulajadi dan Rekreasi menggunakan sepenuhnya ilmu dipelajarinya sehingga berjaya membawa kelainan dalam penghasilan kokedama.

Pokok pertama ditanam Hai­rul dengan menggunakan teknik bebola lumut adalah jenis kaktus, orkid, malberry dan aloe vera. Kini beliau menghasilkan lebih 50 pokok jenis kokedama.

“Semua ini saya usahakan di nurseri di rumah iaitu di Taman Daya di sini. Harga untuk setiap pokok yang dijual ialah RM25 ke atas bergantung pada saiz sepokok.

“Bermacam-macam lagi tana­man terutama pokok-pokok bunga boleh ditanam melalui kaedah bebola lumut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya baru-baru ini.

Beliau mempelajari teknik-teknik menghasilkan pokok tersebut daripada internet bermula dari 2017 sebelum mencubanya di rumah dan selepas itu menjualnya di nurseri miliknya.

“Saya mengakses internet untuk melihat apakah tanaman yang paling sesuai, murah dan senang ditanam orang ramai terutama yang tinggal di rumah flat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini