UMNO Tanjung Piai perluas PBM - Utusan Malaysia

UMNO Tanjung Piai perluas PBM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN 26 Sept. – Program Bank Makanan (PBM) anjuran UMNO Bahagian Tanjung Piai akan diperluaskan kepada keluarga kurang berkemampuan supaya lebih ramai menerima manfaatnya.

Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Dr. Mohd. Isa Ismail berkata, program yang mula dilaksanakan Jun lalu sudah membantu golongan itu di kawasan Pekan Nanas dan Rimba Terjun.

“Ekoran kejayaan itu program yang serupa akan digerakkan ke Permas, Kukup dan Serkat dengan sokongan ahli UMNO, sumbangan individu perseorangan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dana sebanyak RM10,000 diperuntukkan bagi membeli pelbagai barangan keperluan dan sehingga kini seramai 150 orang menerima bekalan makanan setiap bulan,” katanya ketika melancarkan PBM bagi kawasan Pekan Nanas di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Piai, Syarulzaman Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjung Piai, Nor Azmeen Ahmad.

Mohd. Isa berkata, walaupun UMNO parti pembangkang, tanggungjawab membantu ahli-ahli di peringkat umbi perlu berterusan dengan kemampuan yang ada termasuk bukan ahli UMNO.

Tambah Mohd. Isa, program turun padang akan diteruskan bagi mendekati golongan kurang bernasib baik tanpa mengira pegangan politik supaya kesempitan hidup mereka dibantu.

“Kita sebagai parti pembangkang kena mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat dan PBM memberikan peluang kepada orang ramai untuk membuat infak dan sebagainya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini