Dunia berdepan ‘malapetaka’ - Utusan Malaysia

Dunia berdepan ‘malapetaka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 26 Sept. – Pemimpin Perancis, Ka­na­da dan Britain menggesa dunia supaya memperkasakan usa­ha pendidikan untuk golo­ngan kanak-kanak perempuan dan memberi amaran bahawa kegagalan berbuat demikian bo­leh mencetuskan ‘malapetaka’.

Sekiranya kanak-kanak pe­rempuan tidak mendapat pen­didikan yang mencukupi, pro­duktiviti di sesebuah negara boleh merudum, sekali gus menyebabkan ketidakstabilan dan konflik.

Menurut Bank Dunia, lebih 130 juta kanak-kanak perempuan terutamanya di negara-negara miskin di seluruh dunia tidak ke sekolah dan menyebabkan penurunan produktiviti dan pendapatan sehingga AS$30 trilion (RM124 trilion).

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, kekurangan pendidikan juga boleh menyebabkan kanak-kanak perempuan diheret dalam masalah perkahwinan kanak-kanak, tahap kesihatan yang rendah, hamil awal, pengangguran dan kemiskinan.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, pendidikan untuk kanak-kanak perempuan adalah satu pelaburan dan jika tidak berani mengambil risiko, dunia bakal dilanda malapetaka.

“Jika kita tidak mengambil sebarang langkah, pihak lain akan melaksanakan agenda mereka dan berlakunya krisis yang tidak diingini.

“Pendidikan berkualiti perlu diterapkan dengan budaya dan piawaian sosial yang mena­ngani isu ketidakadilan jantina,” katanya.

Perdana Menteri Britain, The­ressa Mey pula menggesa supaya semua kanak-kanak pe­rempuan di seluruh dunia diberi pendidikan percuma selama 12 tahun bermula dari tadika.

Perkara sama turut disampaikan oleh Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang menyatakan bahawa semua pihak akan memperoleh faedah­nya jika golongan wanita diberi pendidikan yang mencukupi dari awal. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini