Perjalanan awal dan akhir empat sahabat - Utusan Malaysia

Perjalanan awal dan akhir empat sahabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 26 Sept. – Rakan kepada tiga pelatih Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bharu yang terbabit dalam nahas membabitkan dua kereta di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, malam tadi tidak menyangka itu kali pertama dan terakhir mereka dapat pulang bercuti ke kampung bersama-sama.

SYAIFUDEEN SOBREE ABDUL RAHMAN
SYAIFUDEEN SOBREE ABDUL RAHMAN 

Imannuddin Ahmad Zaidi, 19, berkata, lebih menyedihkan apabila kemalangan tersebut berlaku hanya selepas kira-kira 30 minit mereka menghantar­nya pulang ke rumah keluarga di Kampung Losong Haji Shafie di sini sebelum meneruskan perjalanan ke

destinasi berikutnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mulanya saya bercadang membeli tiket bas tetapi Syaifudeen Sobree beriya-iya mengajak saya pulang bersamanya dengan kereta. Ini kali pertama saya ke kampung bersama

mereka dan tidak sangka menjadi yang terakhir.

MOHD. KAMARUL ZAMAN ASDI
MOHD. KAMARUL ZAMAN ASDI 

“Sebaik sahaja tiba di Kuala Terengganu kira-kira pukul 10 malam, mereka terus menghantar saya ke rumah sebelum meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini hari ini.

Kemalangan berdekatan sim­pang Felda Belara kira-kira pu­kul 10.26 malam itu mengorbankan Syaifudeen Sobree Abdul Rahman, 24, dari Tumpat, Kelantan dan Che Wan Hasbullah Che Wan Zubaidi, 22, dari Kampung Raja di Besut di sam­ping menyebabkan Nik Muha­mad Arif Mohd. Afandi, 22, dari Pasir Puteh cedera parah.

Turut terkorban, penum­pang belakang sebuah lagi kereta, Mohd. Kamarul Zaman Asdi, 24, manakala pemandu dan penumpang lain kendera­an itu, Suhaimi Mohd. Yusof, 23, dan Tun Mohd. Shuhairy Tun Mat Rani, 21, cedera.

CHE WAN HASBULLAH CHE WAN ZUBAIDI
CHE WAN HASBULLAH CHE WAN ZUBAIDI 

Kenderaan Proton Iswara pelatih berkenaan yang dipandu Nik Muhamad Arif bertembung dengan Proton Wira yang datang dari arah bertentangan. Pertembungan kuat menyebabkan Proton Iswara itu terjunam ke dalam cerun manakala Proton Wira terbabas ke bahu jalan.

Menurut Imannuddin, kese­mua mereka merupakan pelajar Diploma Teknologi Penya­man Udara dan Penyejukan dengan ketiga-tiga mangsa menuntut di semester empat dan masing-masing mempunyai hubungan persahabatan yang sangat akrab kerana tinggal sebilik di asrama.

Ujarnya, selepas beberapa minit tiba, dia ada mencuba menghubungi Syaifudeen Sobree untuk bertanyakan lokasi mereka tetapi tidak dijawab.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Idris Abd. Rafar pula berkata, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pe­ngangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini