Dinding konkrit pecah, air melimpah - Utusan Malaysia

Dinding konkrit pecah, air melimpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 26 Sept. – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui Kilometer 42, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai ekoran dinding tembok penahan konkrit yang dipasang pada cerun bukit, didapati pecah sehingga meng­akibatkan limpahan air.

Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.45 petang di sempadan Pahang-Perak itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Mohd. Hilmi Kashfi Mat Zali berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati terdapat pecahan laluan air sehingga menyebabkan tembok di tepi tebing pe­cah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan air melimpah masuk ke kawasan jalan raya utama tetapi tidak melibatkan sebarang insiden tanah runtuh.

“Hujan lebat bermula pukul 12 tengah hari bagaimanapun sudah mulai reda kira-kira pukul 4.45 petang.

“Oleh itu, pihak bomba menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut memandangkan limpahan air masih berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohd. Hilmi Kashfi, laluan trafik ketika ini hanya dibuka untuk selorong bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan biarpun operasi telah ditamatkan pada pukul 5.50 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini