Imej perspektif menghasilkan ilusi - Utusan Malaysia

Imej perspektif menghasilkan ilusi

Perspektif linear yang membentuk satu garisan ruang yang menuju ke suatu titik hujung. Ia terjadi hasil kesan sudut pandang sesuatu objek dari segi jarak atau ketinggian dalam dimensi yang berbeza. * TETAPAN PADA KAMERA: Menggunakan kamera mirrorless, lensa 24-105mm, pengatup kelajuan (1/400 Sec) bukaan F/8 ISO 400.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Perspektif dalam fotografi boleh didefinisi sebagai imej tiga dimensi yang terhasil daripada permukaan dua dimensi. Ini terjadi dengan pertindihan pelbagai lapisan perspektif yang seterusnya membuatkan kita merasai realiti ruang tiga dimensi pada imej yang dihasilkan.

Ia terhasil melalui kaedah dimensi ruang yang menjadi perubahan bentuk, ukuran, saiz dan kedalaman ruang yang relatif akibat perbezaan cara pandang objek melalui lensa kamera.

Teknik ini seterusnya mampu membentuk jalinan dimensi yang berhubung dengan menjadikan subjek untuk kelihatan sama ada jauh lebih kecil atau lebih besar daripada biasa selain mengumpul garis secara berbeza bergantung kepada jenis lensa yang digunakan.

Antara kelebihan teknik perspektif dalam fotografi, imej dapat memanipulasikan fikiran pada sudut pemandangan yang berbeza dari pandangan mata.

Teknik ini juga mampu menghasilkan ilusi terhadap objek dan seterusnya membantu menghasilkan imej yang lebih kreatif.

 

Teknik perspektif mampu memanipulasi ukuran subjek. Ia kadangkala mengelirukan minda kita tentang size objek tersebut. Salah satunya adalah mengambil gambar bangunan tinggi dari dekat. * TETAPAN PADA KAMERA: Menggunakan kamera mirrorless, lensa 24-105mm, pengatup kelajuan (1/800 Sec) bukaan F/8 ISO 16

 

Komposisi perspektif yang memberi dimensi pada pandangan membentuk keindahan seperti pemandangan ilusi. * TETAPAN PADA KAMERA: Menggunakan kamera mirrorless, lensa 24-105mm, pengatup kelajuan (1/160 Sec) bukaan F/5.6 ISO 800.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×