Kerajaan tak peduli nasib penduduk - Utusan Malaysia

Kerajaan tak peduli nasib penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan mengenakan levi RM15 bagi setiap tan sisa plastik yang diimport dari serata dunia menerusi permit import (AP) disifatkan sebagai tidak masuk akal dan menunjukkan menteri dan pegawai kerajaan tidak mengendahkan masalah ke­sihatan rakyat.

Rata-rata badan bukan kerajaan (NGO) sangsi dengan niat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mahu terus mengimport sisa plastik biarpun mengetahui risiko kesihatan ditanggung penduduk akibat aktiviti memproses bahan buangan tersebut.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, keputusan kerajaan meneruskan import ‘sampah dunia’ tersebut bertentangan dengan perjuangan badan itu yang mahu menjaga alam sekitar.

“Membuka semula AP import sisa plastik selepas 23 Oktober ini dengan levi hanya RM15 bagi setiap tan sampah membayangkan kerajaan tidak peduli langsung dengan kesan buruk akibat aktiviti memproses sisa plastik kepada penduduk,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini