Peluang ‘bintang suram’ 
pikat Jurgen Klopp - Utusan Malaysia

Peluang ‘bintang suram’ 
pikat Jurgen Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 25 Sept. – Selepas sering dike­tepikan dalam aksi Liga Perdana, Liverpool dijang­ka kembali membariskan pemain-pemain bintang yang kurang diberi peluang untuk menguatkan kesebelasan utama apabila menentang Chelsea pada pusingan ketiga Piala Liga di Anfield esok.

Reds yang memenangi tujuh perlawanan pembukaan musim (semua pertandingan) dijangka membariskan Xherdan Shaqiri dan Daniel Sturridge untuk mengetuai serangan bersama Sadio Mane.

Pemain tengah Brazil, Fabinho yang selama ini ‘diperap’ di bangku simpanan ­akhirnya akan melengkapkan formasi 4-3-3 yang diguna pakai Jurgen Klopp untuk bergan­­di­ngan bersama kapten, Jordan Henderson serta Naby Keita.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bahagian pertahanan juga bakal menyaksikan rombakan dengan bek kanan senior, Nathaniel Clyne kembali mengambil tempatnya yang selama ini diisi bintang remaja, Trent Alexander-Arnold.

Penjaga gol Brazil, Alisson juga bakal direhatkan bagi memberi laluan kepada Simon Mignolet, manakala Joe Gomez bergan­ding dengan Joel Matip di pertahanan tengah.

Pendahulu Liga Perdana itu juga dijangka membariskan Alberto Moreno di bek kiri, mengetepikan Andrew Robertson.

Menjelang pertembungan dua gergasi Liga Perdana itu, bintang tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum menyeru rakan sepa­sukan agar tidak terbawa-bawa dengan prestasi baik pada awal musim.

“Sekarang kami berkedudukan baik dan berada pada keyakinan tertinggi, namun pemain harus berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini