‘Mereka tidak boleh terima kekalahan’ - Utusan Malaysia

‘Mereka tidak boleh terima kekalahan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 25 Sept. – Fabio Capello, Diego Forlan dan Davor Suker mengkritik Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi kerana tidak hadir ke Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

“Ketiadaan Ronaldo dan Messi? Ini menunjukkan mereka tidak hormat pemain, FIFA dan bola sepak.

CRISTIANO RONALDO
CRISTIANO RONALDO 

“Mungkin mereka terlalu ba­nyak memena­nginya dan tidak mampu menerima kekalahan,” kata be­kas jurulatih Re­al, Juventus dan England, Capello.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas pe­nye­rang Uruguay dan Manchester United, Forlan menyifatkan tindakan kedua-dua pemain itu memalukan.

“Memalukan. Messi menghadiri maj­lis sama tahun lalu dan tidak menang. Perkara sama berlaku kepada Ronaldo semasa malam gala UEFA,” katanya.

“Anda perlu bersikap matang bukan sahaja semasa menang tetapi juga kalah,” kata bekas bintang Croatia, Suker. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini