Tak seronok tanpa Ronaldo, Messi - Utusan Malaysia

Tak seronok tanpa Ronaldo, Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 25 Sept. – Luka Modric mengakui, dia berharap Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi hadir melihat dia dinobat sebagai Pemain Terbaik Dunia 2018 dalam Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), hari ini.

Bintang tengah Real Madrid dan Croatia itu mengatasi dua calon akhir, Ronaldo serta Mohamed Salah dalam majlis yang berlangsung di London.

Begitupun, Ronaldo dan Messi tidak hadir meskipun mereka mendominasi anugerah selama sedekad dengan saling berganti muncul pemenang sejak 2008.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap orang ada sebab masing-masing.

“Sudah tentu saya mahu mereka berada di sini, tetapi mereka tidak ada,” ujarnya.

Modric, 33, membantu Real menjulang Liga Juara-Juara buat kali ke-13, sebelum membawa Croatia ke final Piala Dunia.

Ketika ditanya sama ada dia ada berhubung dengan bekas rakan sepasukannya, Ronaldo, Modric berkata: “Tidak.”

“Dia ada menghantar mesej ketika Anugerah UEFA (Eropah) tetapi tiada apa yang berlaku.

“Saya tidak membawa telefon ketika ini, mungkin dia ada menghantar mesej,” kata Modric.

Modric menegaskan, dia tidak minat berdebat sama ada dia layak menerima anugerah itu atau sebaliknya.

“Saya tidak mahu berdebat mengenai perkara ini.

“Saya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengundi saya dan memberi sokongan sehingga ke hari ini,” katanya.

Bekas bintang tengah Tottenham itu menjadi pilihan sejak awal selepas dinobat sebagai Pemain Terbaik Eropah bulan lalu, selain Pemain Terbaik Piala Dunia 2018.

Sementara itu, bintang penyerang Brazil dan Orlando Pride, Marta dinobat sebagai Pemain Terbaik Dunia Wanita buat kali keenam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini