Penduduk bantah MPAJ roboh penghadang - Utusan Malaysia

Penduduk bantah MPAJ roboh penghadang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG 25 Sept. – Seba­nyak 200 penduduk di Taman Ukay Bistari di sini membantah tindakan Maj­lis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mahu meroboh halangan yang dibina bagi menyekat kende­raan berat memasuki kawasan perumahan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Penduduk, Ghazali Mohamad berkata, tindakan merobohkan penghadang itu akan membenarkan lebih banyak kenderaan masuk dan mengganggu kesesakan lalu lintas di taman berkenaan selain membahayakan ka­nak-kanak.

“Penghadang yang dibina oleh penduduk sejak setahun lalu bertujuan menghalang lori daripada melalui kawasan perumahan ini kerana jalan yang sedia ada terlalu sempit dan sibuk dengan kende­raan penduduk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Surat bantahan yang mengandungi tandatangan penduduk taman te­lah dihantar kepada pihak MPAJ, namun semua itu sia-sia.

“Sekarang mereka ma­hu merobohkan penghadang kami pula,” katanya kepada pemberita dalam majlis bantahan yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungip hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk, Tan Kheng Kee, 43, berkata, bantahan me­ngenai pembinaan jalan ke kondominium sebelum itu telah dibincang dengan pihak MPAJ dan mereka bersetuju untuk tidak menggunakan jalan UB2A ini sewenang-wenangnya.

“Pihak MPAJ telah berjanji untuk menyediakan laluan alternatif kepada penduduk di kondominium berhampi­ran tetapi pembinaan jalan berkenaan tetap diteruskan sehingga selesai,” ujarnya.

Dalam perkembangan sa­ma, Saari Sungip berkata, pi­haknya mahu MPAJ memberikan penjelasan menge­nai perkara itu sama ada penyelesaian dibuat dengan melebarkan jalan di kawasan tersebut atau tidak merobohkan penghadang jalan itu.

“Saya sedia menjadi orang tengah dalam perundingan antara pihak MPAJ dan penduduk di sini bagi mencari jalan penyelesaian yang akan memberi kemenangan kepa­da kedua-dua pihak,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini