CEO, CTO Instagram mahu ‘berehat’ - Utusan Malaysia

CEO, CTO Instagram mahu ‘berehat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 25 Sept. – Pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom dan Mike Krieger masing-masing meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif dan ketua pegawai teknikal syarikat aplikasi perkongsian gambar itu.

Kedua-dua Systrom dan Krieger tidak menyatakan sebab atas tindakan mereka meletak jawatan tersebut.

Namun, Systrom dalam blognya semalam, menyatakan bahawa mereka berdua merancang mengambil masa berehat dan meneroka ‘keinginan dan kreativiti kami sekali lagi’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia masih lagi belum jelas bila hari terakhir mereka memegang jawatan berkenaan, tetapi ia adalah tidak lama lagi, menurut Instagram.

Mereka memberitahu pasukan kepimpinan aplikasi itu dan Facebook pada Isnin tentang ke­putusan untuk meninggalkan syarikat, menurut Instagram.

Instagram yang dibeli Facebook pada 2012 de­ngan nilai AS$1 bi­lion (RM4.13 bilion) kini mempu­nyai lebih 1 bilion pengguna aktif bulanan dan telah berkembang dengan menambah ciri seperti permesejan dan video pendek.

Pada 2016, aplikasi itu turut menambah keupayaan untuk berkongsi cerita yang hilang dalam masa 24 jam, meniru ciri popular Snapchat.

Pemergian pengasas Instagram itu hanya beberapa bulan selepas peng­asas bersama WhatsApp, Jan Koum meletak jawatan, yang juga dimiliki Facebook. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini