Perang perdagangan jejas pengeksport AS - Utusan Malaysia

Perang perdagangan jejas pengeksport AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 25 Sept. – China ‘dipaksa’ bertindak balas terhadap Amerika Syarikat (AS) dalam perang perdagangan, dan pengeksport AS termasuk pembekal gas asli cecair (LNG) akan ‘semestinya’ merasai kesannya, kata Naib Menteri Perdagangan China, Wang Shouwen.

Tindakan balas Beijing itu membuka peluang kepada negara-negara pengeksport LNG lain, kata Wang dalam sidang akhbar pada Selasa, sambil menambah bahawa Australia adalah sumber penting bahan api untuk China.

AS dan China mengenakan tarif baharu terhadap barangan masing-masing pada Isnin ketika kedua-dua kuasa ekonomi terbesar dunia itu tidak menunjukkan tanda-tanda untuk beralah dalam perang perdagangan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia turut dijangka memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global.

Beijing berkata, ia bersedia memulakan semula rundingan perdagangan dengan Washington jika perbincangannya adalah ‘berdasarkan kepada kehormatan dan kesaksamaan bersama,” menurut satu kertas putih yang diterbitkan kabinetnya pada Isnin.

AS dijangka menerima lebih banyak manfaat susulan perang perdagangan dengan China itu, kata perwakilan perdagangan antarabangsa China, Fu Ziying pada sidang akhbar yang sama.

Walaupun China mempunyai lebihan dagangan dengan AS, sebenarnya AS yang lebih untung berbanding China, kata Fu yang juga Naib Menteri Perdagangan China.

Semalam, AS dan China menguatkuasakan tarif baharu sebagai tindak ba­las antara satu sama lain dengan kedua-dua negara dilihat tidak mahu berkompromi.

Tarif AS terhadap barangan China bernilai AS$200 bilion (RM826 bilion), sementara China mengenakan tarif balasan AS$60 bilion (RM247.8 bilion) bagi produk dari AS.

Ia menjadi perang perdagangan rasmi baharu selepas kedua-dua negara itu melaksanakan tarif barangan bernilai AS$50 bilion (RM206.5 bilion) pada awal tahun ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini