Anak jutawan bunuh bapa sendiri - Utusan Malaysia

Anak jutawan bunuh bapa sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANADA 25 Sept. – Bekas jutawan Kanada yang pernah disabitkan sebanyak dua kali dengan kesalahan pembunuhan, telah didapati bersalah membunuh bapanya yang sebelum ini kematiannya diklasifikasikan sebagai membunuh diri.

Lapor BBC, Dellen Millard menangis apabila hakim menyatakan bahawa dia bersalah kerana didapati membunuh bapanya, Wayne Millard.

Millard kini menjalani dua hukuman penjara sepanjang hayat atas kesalahan membunuh Laura Babcock dan Tim Bosma.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau mewarisi kekayaan keluarga selepas bapanya ditemukan mati ditembak di kepala.

Pada 2012, kematian bapanya itu diputuskan sebagai bunuh diri tetapi hakim Mahkamah Tinggi Ontario mendapati dia bersalah menembak bapanya ketika sedang tidur.

Sebelum ini, Millard memberitahu polis bahawa ayahnya tertekan dan ketagih alkohol.

“Dia terbeban dengan kesedihan sepanjang hidupnya yang saya tidak pernah tahu, dia tidak mahu berkongsi perasaan itu dengan saya,” katanya selepas ayahnya meninggal dunia.

Bagaimanapun, pekerja di MillardAir, sebuah syarikat pe­nerbangan milik keluarganya berkata, terdapat perselisihan antara Millard dan bapanya sebelum ini, menurut siasatan CBC.

Enam bulan kemudian, kehilangan Tim Bosma membawa kepada penyiasatan yang kemudiannya menyebabkan Millard didakwa terlibat dalam tiga kes pembunuhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini