Beli produk Shell di saluran pengedaran rasmi elak barang palsu - Utusan Malaysia

Beli produk Shell di saluran pengedaran rasmi elak barang palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. menyarankan para pengguna untuk membeli produk keluarannya melalui saluran pengedaran rasmi yang disahkan bagi mengelakkan pembelian barangan tiruan.

Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain berkata, setakat ini terdapat hampir 3,000 saluran pembelian merangkumi rangkaian stesen minyak Shell, bengkel terpilih yang berdaftar serta tiga platform dalam talian rasmi iaitu Lazada, Shopee dan 11street.

Menurut beliau, pihaknya bimbang keyakinan pelanggan terhadap produk Shell akan terjejas sekiranya mereka berterusan membeli barangan tiruan memandangkan kualitinya yang tidak setanding dengan produk tulen.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menyedari masalah itu kami memperkenalkan label Untuk pasaran Malaysia yang baharu bagi produk Shell Helix tulen untuk pasaran tempatan. Label berkenaan terletak di bahagian hadapan dan boleh ditanggalkan untuk mendedahkan kod Kod Maklum Balas Pantas (Kod QR) bagi pengesahan segera.

“Kewujudan produk palsu di pasaran memberi kesan negatif kepada perniagaan rakan niaga kami. Keputusan untuk memulakan pengeluaran tempatan bagi Shell Helix tulen dengan kod QR merupakan langkah penting untuk menangani isu ini,” katanya dalam maj­lis pelancaran label Untuk pasaran Malaysia yang baharu di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Basaruddin Sadali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini