Anwar sambut baik keputusan BN - Utusan Malaysia

Anwar sambut baik keputusan BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Presiden PKR itu berkata, walau bagaimanapun beliau masih perlu bekerja keras untuk berdepan calon Bebas.

“Saya sambut baik siapa tak bertanding, saya alu-alukan pertandingan tetapi saya gembira jika tiada pertan­dingan bila UMNO tidak mahu bertanding.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah tentu saya perlu hadapi calon Bebas,” katanya selepas Syarahan Negarawan 2018 bertajuk Malaysia Baharu Ke Arah Memperkukuh Negara Bangsa di sini hari ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan untuk memboikot PRK Parlimen Port Dickson kerana pengosongan kerusi itu dibuat hanya untuk memenuhi kehendak politik individu tertentu.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas rundingan dan mendapat persetujuan bersama dengan MCA serta MIC.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Port Dickson diadakan pada 13 Oktober ini dengan hari penamaan calon pada Sabtu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini