2,000 PKS sertai Made by Malaysia, Loved by the World - Utusan Malaysia

2,000 PKS sertai Made by Malaysia, Loved by the World

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Program Made by Malaysia, Loved by the World yang dijalankan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dengan kerjasama Facebook dan Avana dijangka menarik penglibatan seramai 2,000 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Ir. Dr. Mohd. Shahreen Zainooreen Madros berkata, program tersebut menggalakkan para usahawan tempatan untuk meneroka peluang-pe­luang eksport dengan bimbi­ngan dan latihan diberikan oleh Avana.

Beliau berkata, usaha sama kerajaan dan swasta itu akan membantu PKS meningkatkan kemahiran pemasaran yang diperlukan bagi menjangkau pasaran global menerusi laman sosial Facebook.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hari ini kita dapat me­nyaksikan banyak manfaat yang diperoleh daripada media sosial dan teknologi digital.

“Peluang yang ada sangat besar terutamanya dengan le­bih 400 juta langganan mudah alih dan lebih 370 juta pengguna menggunakan internet pada hari ini,” katanya pada majlis pelancaran program Made by Malaysia, Loved by the World di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking, Pe­ngarah Negara Facebook Malaysia, Nicole Tan serta Pe­ngasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Avana, Luqman Adris.

Sementara itu Tan berkata, #MadebyMalaysia merupakan komitment jangka masa panjang Facebook bagi membantu PKS tempatan untuk berkembang ke peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, dengan lebih 2.2 bilion pengguna seluruh dunia, Facebook menawarkan bukan sahaja rangkaian perhubungan sosial malah juga hubungan perdagangan.

“Ketika ini sebanyak 87 juta pengguna di seluruh dunia berhubung dengan PKS di Malaysia di Facebook.

“Dengan pasaran, pilihan dan pembelian yang semakin banyak terutamanya dalam dunia global hari ini, saya tidak melihat mengapa PKS Malaysia perlu mensia-siakan peluang ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini