KEMAMAN – Syarikat pembekalan peralatan dan jentera pelantar minyak, Alkahfi Lestari Oil & Gas Sdn. Bhd. (Alkahfi) melancarkan kapal pengangkut pekerja pelantar minyak bersaiz sederhana bertaraf eksklusif yang bernilai RM20 juta.
Ketua Pengawai Eksekutif Alkahfi, Mohd. Nazri Mohd. Zain berkata, kapal Alkahfi Care sepanjang 42 meter itu merupakan antara terpantas dan paling selesa untuk industri minyak dan gas persisir pantai di negara ini.
Beliau berkata, kapal tersebut yang sepanjang 42 meter memiliki 1,000 tempat duduk termasuk 80 daripadanya merupakan kelas perniagaan.
“Ia mampu mengangkut pekerja ke pelantar minyak yang terletak di persisir pantai dengan kelajuan maksimum 30 knot berbanding hanya 25 knot bagi kapal-kapal pengangkut lain yang terdapat di negara ini,” katanya selepas melancarkan kapal Alkahfi Care berkenaan di Pangkalan Bekalan Kemaman di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Alkahfi, Kamal Affandi Hasan. – K! ONLINE










