KUALA LUMPUR 22 Sept. – Kelantan mencipta kemenangan tipis 2-1 ke atas Sabah dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi.
Dalam aksi itu, pasukan tuan rumah meraih jaringan pertama menerusi pemain import Bakhtiyar Duyshobekov pada minit ke-29.
Pasukan pelawat kemudian terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Randy Baruh dilayangkan kad merah pada minit ke-40 namun Sabah berjaya meledak gol penyamaan menerusi Hamran Peter, tiga minit kemudian.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kelantan melengkapkan kemenangan mereka pada masa kecederaan babak pertama menerusi sepakan penalti Nik Akif Syahiran.-UTUSAN ONLINE











