Yemen berdepan ancaman kebuluran terburuk - Utusan Malaysia

Yemen berdepan ancaman kebuluran terburuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 22 Sept. – Agensi bantuan antarabangsa dilihat sudah tidak mampu menangani masalah kebuluran di Yemen, apabila akan berlakunya penambahan seramai 3.5 juta orang yang terjejas akibat isu terbabit.

Sebelum ini, lapan juta orang di negara itu telah mengalami masalah kebuluran.

Penurunan mendadak nilai mata wang Yemen sehingga mengakibatkan harga minyak naik serta ditambah dengan pertempuran terbaharu antara tentera pakatan disokong Arab Saudi dan kumpulan pemberontak Houthi, sekali gus mencetuskan apa yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai krisis kemanusiaan paling buruk di dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita semakin sukar mengekang isu kebuluran. Terdapat kes di mana rakyat Yemen terpaksa makan daun sahaja kerana mereka kehilangan punca mencari rezeki,” kata ketua setiausaha untuk hal ehwal kemanusiaan PBB, Mark Lowcock. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini