Hospital Pantai Ayer Keroh rai kakitangan dalam majlis makan malam - Utusan Malaysia

Hospital Pantai Ayer Keroh rai kakitangan dalam majlis makan malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 22 Sept. – Sebanyak 610 kakitangan Hospital Pantai Ayer Keroh diraikan dalam majlis makan malam tahunan yang diadakan di sebuah hotel di bandar raya ini malam ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Ayer Keroh, Tan Yew Aik berkata, mereka merupakan sebahagian daripada keseluruhan kira-kira 720 kakitangan yang berkhidmat terdiri daripada kakitangan pentadbiran dan perubatan termasuk pakar perubatan.

“Majlis makan malam ini diadakan bagi menghargai sumbangan dan peranan dimainkan oleh semua lapisan pekerja tidak kira bahagian perubatan seperti jururawat dan doktor serta kakitangan sokongan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak hospital turut meraikan sejumlah 54 kakitangan kami yang berkhidmat selama 10, 20 dan 30 tahun di hospital ini,” katanya ketika ditemui pada majlis itu, sebentar tadi.

Daripada jumlah itu, sebanyak 36 kakitangan menerima penghargaan atas perkhidmatan selama 10 tahun, sebanyak 17 orang berkhidmat selama 20 tahun dan seorang pekerja berkhidmat paling lama iaitu 30 tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini