Pemilihan PKR Perak esok batal - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR Perak esok batal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 21 Sept. – Pemilihan PKR bagi negeri Perak yang dijadualkan berlangsung esok dibatalkan.

Ketua Penerangan PKR negeri, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, pembatalan tersebut dibuat setelah mengambil kira semua faktor dan keadaan termasuk insiden yang berlaku semasa pemilihan parti itu di Kedah dan Pulau Pinang hari ini.

“Saya dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti peringkat pusat bahawa pemilihan parti peringkat negeri Perak dibatalkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami dimaklumkan tiada tarikh spesifik disebut dan buat masa ini pemilihan ini dikira batal dan ditangguh pada satu masa nanti yang akan diumumkan dalam sidang media yang dibuat oleh Datuk Rashid Din,” katanya.

Siti Aishah dijangka mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini