Pengharaman straw bermula 2020 - Utusan Malaysia

Pengharaman straw bermula 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Larangan penggunaan straw plastik yang akan dikuatkuasakan bermula Januari 2020 hanya melibatkan pengusaha premis makanan bukan kepada orang ramai.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan berkata, pelaksanaan ini mengambil kira kesan secara langsung plastik kepada alam sekitar selain peruntukkan yang tinggi bagi proses pelupusan.

“Kerajaan akan melaksanakan kempen bagi menyedarkan pengguna mengenai kepentingan penjagaan alam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kempen berupa kesedaran mengenai keburukan straw plastik akan diadakan sepanjang tahun bermula Januari 2019 sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan,” katanya.

Menurutnya, tempoh yang panjang diberikan kepada pengusaha untuk menyesuaikan dasar baru kepada perniagaan mereka supaya tiada alasan untuk melaksanakan peraturan itu.

“Cadangan lain adalah dengan menggunakan straw daripada bahan-bahan biodegradasi seperti straw buluh atau straw kertas sebagai pengganti kepada straw plastik konvensional,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini