[VIDEO] Petugas PKR gugup punca kelewatan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Petugas PKR gugup punca kelewatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 22 Sept.- Kekecohan serta kelewatan yang berlaku di pusat pengundian di negeri ini dan Kedah berpunca daripada sistem yang digunakan.

Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti PKR, Ismail Yusop menjelaskan, kekalutan juga berlaku kerana ahli-ahli PKR di dua negeri berkenaan ‘amat teruja’ untuk menyokong calon masing-masing.

“ Mereka (ahli) datang awal sehingga petugas dan pengawas pemilihan panik , jadi ada cabang yang pemilihan bermula lewat,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ismail memberitahu, mengikut syarat, pemilihan perlu berlangsung dalam tempoh tujuh jam selepas ia bermula.

Sementara itu, masalah kelewatan berkenaan turut menimbulkan suasana tegang di Balik Pulau sehingga berlaku pertengkaran membabitkan pemimpin PKR dengan ahli mereka yang tidak berpuas hati.

Sementara itu, calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Balik Pulau, Adzlan Adzhar berkata, suasana tegang pemilihan di kawasan berkenaan sudah dijangka sejak awal.

“Bagaimanapun ini merupakan perkara biasa kerana ahli mempunyai calon masing-masing yang ingin diundi.

“Di sini kami dapat lihat sokongan lebih menonjol kepada calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli,” katanya. 

Sementara itu, Setiausaha Pemilihan PKR negeri, Zuelkifly Saad menjangka seramai 55,132 ahli parti dari 13 bahagian terlibat dalam pemilihan hari ini. – ONLINE UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini