Hentikan bicara tentang PM - Utusan Malaysia

Hentikan bicara tentang PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Kepemimpinan kerajaan dan parti yang memerintah diharapkan berhenti berbicara tentang jawatan Perdana Menteri, Kabinet dan dasar akan datang.

Peringatan itu disuarakan, Pengerusi Hisbah Centre for Reform (Hisbah), Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor supaya rakyat tidak diheret dalam soal mendatang kerana persoalan hari ini sudah cukup besar untuk didepani.

Tegas beliau yang juga bekas ahli PKR, apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah memberi ruang sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta barisan Kabinet untuk menyelesaikan permasalahan rakyat dan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakyat mengundi perubahan kerajaan dengan harapan besar agar masalah besar negara yang menghimpit di bawah kerajaan sebelum ini dapat diselesaikan. Itu hakikat dan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Maka, fokus kerajaan hari ini mestilah ke arah merungkai masalah yang bukan kepalang yang memerlukan sikap betul kesemua pimpinan kerajaan dan parti memerintah. Justeru, hentikan bicara soal Perdana Menteri selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini