Tali barut penculik ditembak mati - Utusan Malaysia

Tali barut penculik ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUNAK – Dua suspek ditembak mati dipercayai tali barut kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) di kawasan perkampungan air Kampung Kunak 3 di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 10.45 malam itu, kedua-dua suspek berusia 50-an meloloskan diri menggunakan sebuah bot pam laju bertindak melepaskan tembakan ke arah pihak berkuasa.

Komander Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom), Datuk Hazani Ghazali berkata, pemeriksaan terhadap suspek yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri disahkan mati di lokasi dengan kesan tembakan pada bahagian badan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam Operasi Khas Gasak Esscom kita telah melakukan pemeriksaan dan serbuan di sebuah kawasan perkampungan air untuk memeriksa individu tanpa dokumen pengenalan diri yang sah di perairan negara.

“Ketika serbuan dilakukan, dua suspek bertindak melarikan diri menggunakan sebuah pam bot berwarna putih. Suspek ditembak mati kerana telah melepaskan tembakan ke arah pihak berkuasa,” katanya di sini hari ini.

Menurut Hazani, pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek mempunyai kaitan dengan penculikan dua rakyat Indonesia di perairan Pulau Bodgaya di Semporna pada 11 September lalu.

Katanya, pemeriksaan di dalam bot menemui sepucuk pistol revolver .22, dan .38, lapan peluru serta satu kelongsong.

Turut ditemui sebilah pedang samurai, pendayung serta enjin bot.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh orang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini