Saifuddin nafi PKR berpecah, mahu bergabung dengan UMNO - Utusan Malaysia

Saifuddin nafi PKR berpecah, mahu bergabung dengan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini menafikan khabar angin parti itu akan berpecah dua dengan satu kumpulan bergabung bersama pembangkang khususnya UMNO.

“Idea untuk bergabung dengan UMNO tidak timbul sama sekali dan tohmahan bahawa PKR akan berpecah kepada dua, tiga, empat ini telah dihadapi seawal kita tubuhkan parti 20 tahun dulu,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Saifuddin Nasution yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengulas lanjut, beliau menganggap ‘cerita’ perpecahan PKR itu berpunca daripada keanggotaan parti sendiri yang merangkumi kelompok badan bukan kerajaan, bekas anggota UMNO, aktivis dan pemimpin masyarakat.

Perbezaan dan kelompok inilah yang sebenarnya menjadi kekuatan PKR, katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini