IPCMC pantau salah laku polis - Utusan Malaysia

IPCMC pantau salah laku polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan ditukar sebagai sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed berkata, suruhanjaya tersebut akan bertindak sebagai badan pemantau bebas yang lebih holistik ekoran banyak aduan diterima berkaitan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Penubuhan IPCMC merupakan usaha untuk membersihkan nama polis dan menentukan mereka juga mendapat layanan baik sebagai anggota polis dalam masa sama mereka perlu membersihkan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, Biro Pengaduan Awam  akan digantikan dengan Ombudsman Malaysia di mana pengurusan aduan awam yang lebih efektif akan digubal di bawah Akta Ombudsman,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini