Lagi sindiket dadah ditumpaskan - Utusan Malaysia

Lagi sindiket dadah ditumpaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 21 Sept. – Satu lagi sindiket pengedaran dadah di negeri ini ditumpaskan polis menerusi lima serbuan kelmarin.

Lagi sindiket dadah ditumpaskan
Roslee Chik

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, dalam operasi terbaharu itu, pihaknya menahan tiga lelaki tempatan serta merampas 78 ketulan mampat daun kering disyaki ganja.

Katanya, jumlah keseluruhan yang dirampas mencecah 78,700 kilogram (kg) membabitkan nilai RM236,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

“ Serbuan bermula dengan penahanan seorang lelaki di tepi jalan di Pekaka sebelum serbuan selanjutnya termasuk memeriksa sebuah kereta jenis Toyota Vellfire di hadapan sebuah kedai nasi kandar di Juru,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pemeriksaan terhadap kereta berkenaan menemukan ketulan mampat ganja yang disorok dalam ruang khas yang diubahsuai.

“ Polis turut menyita akaun bank suspek membabitkan nilai RM295,472 dan kenderaan bernilai RM154,000,” katanya.

Beliau memberitahu kesemua suspek direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini