Semak semula hala tuju parti - Utusan Malaysia

Semak semula hala tuju parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Sept. – UMNO perlu menyemak semula hala tuju dan perjalanan parti bagi mengelak lebih ramai ahli keluar daripada parti berkenaan.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata, menjadi tanggungjawab Presiden parti untuk menghentikan sebarang ketidaktentuan yang boleh membawa kepada khabar angin dan seterusnya perpecahan.

“Ini adalah masalah dalaman dan ia jelas menunjukkan pemimpin tertinggi dalam parti seperti sudah tidak percaya dengan peranan presiden UMNO yang baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu, menjadi tanggungjawab bagi Presiden (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) untuk menyemak kelemahan sekali gus menghentikan sebarang khabar angin yang boleh menuju ke arah pepecahan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.

Md. Shukri berkata demikian mengulas tindakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed diikuti Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman yang mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Ujarnya lagi, isu kerjasama UMNO dan Pas juga mungkin menjadi punca utama pemimpin UMNO meninggalkan parti tersebut.

“Sekiranya UMNO mahu menjadi parti yang semak dan imbang kepada kerajaan, mereka sepatutnya memohon kepada Pakatan Harapan untuk menyertai mereka sebagai sebahagian anggota kerajaan.

“Dari situ, mungkin UMNO dapat berkongsi pengalaman dan tadbir urus demi pembangunan negara yang lebih makmur namun jika pilihan salah ditetapkan, UMNO pasti akan semakin bergoyang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini