Anak-anak terbiar diberi ilmu - Utusan Malaysia

Anak-anak terbiar diberi ilmu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pe­ngasas bersama sebuah pusat dikenali sebagai Buku Jalanan Chow Kit tidak menyangka usahanya mengajar anak-anak terbiar membaca dan mengira di kaki lima Jalan Chow Kit di sini empat tahun lalu meng­angkatnya sebagai hero di mata masyarakat.

Siti Rahayu Baharin, 37, ber­kata, usaha yang dilakukannya bersama dua rakan pada waktu malam itu hanya mahu melihat anak-anak tersebut mempelajari sesuatu yang lebih berguna berbanding berkeliaran di lorong-lorong gelap.

Bermula sebagai sukarelawan di Jalan Chow Kit, Siti Rahayu yang sebelum ini merupakan seorang guru melihat satu sisi berbeza dalam keperluan anak-anak yang membesar di kawasan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ramai sukarelawan memberi bantuan makanan saban hari namun perkara yang kurang bagi anak-anak ini adalah pendidikan kerana ramai antara mereka tidak boleh bersekolah ekoran tiada MyKid.

“Perkara ini amat menyedihkan saya kerana mereka akan membesar dengan cara hidup di Chow Kit. Lebih malang lagi apabila mereka dikhuatiri akan meneruskan cara hidup ibu bapa mereka,” katanya ketika ditemui di pusat Buku Jalanan Chow Kit di Lorong Haji Taib 1 di sini ­baru-baru ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini