Masalah sistem perparitan punca banjir kilat - Utusan Malaysia

Masalah sistem perparitan punca banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 19 Sept. –Masalah sistem perparitan yang kurang baik dikenal pasti menjadi punca banjir kilat kerap melanda di Kampung Ladang Sengkang, Linggi di sini.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri akan berusaha mengatasi masalah tersebut bagi mengelaknya berulang pada masa depan dan menjejaskan kehidupan penduduk.

“Kawasan kampung ini memerlukan sistem saliran yang baik bagi menyelesaikan banjir kilat dan kita akan selesaikan secepat mungkin masalah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya juga harap kerjasama syarikat Sime Darby Berhad yang merupakan pemilik ladang kelapa sawit bersebelahan kampung terbabit, untuk turut mengambil langkah membina sistem perparitan.

“Ini kerana air dari kawasan ladang berkenaan turut menyumbang kepada banjir kilat yang melanda kediaman penduduk,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di Kampung Sungai Raya di sini.

Yang turut hadir isteri beliau, Wan Hasni Wan Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon.

Seramai 57 penduduk yang melibatkan 12 keluarga ditempatkan ke pusat pemindahan sementara di balai raya kampung itu ekoran kediaman mereka terjejas akibat banjir sejak kelmarin.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, pelbagai agensi kerajaan dan swasta terlibat dalam kerja-kerja pembersihan rumah penduduk sekali gus memudahkan mereka untuk kembali semula ke kediaman masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini