Pendapatan pekebun kelapa merosot teruk - Utusan Malaysia

Pendapatan pekebun kelapa merosot teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK 19 Sept. – Pendapatan pekebun kelapa di daerah ini terjejas teruk ekoran kemerosotan pembelian oleh pembekal dari luar sejak awal tahun ini.

Mereka mendakwa masalah itu berlaku disebabkan pembekal kini membeli kelapa yang diimport dari Thailand dan Filipina yang mempunyai kualiti sama seperti kelapa di Bagan Datuk.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati berlaku lambakan kelapa akibat tidak dibeli oleh pembekal di sekitar kawasan Bagan Datuk dan Hutan Melintang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang pekebun kelapa di sini, Hamidi Din, 53, berkata, masalah itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan ini pertama kali berlaku dalam tempoh 20 tahun.

Menurutnya, ini menyebabkan mereka semakin hilang pendapatan memandangkan tanaman kelapa merupakan sumber rezeki mereka sejak dahulu lagi.

“Jika dahulu 5,000 kelapa yang diturunkan dari pokok boleh terus naik lori pembekal tiga kami seminggu, tapi sekarang nak jual 1,000 biji kelapa pun susah.

“Saya difahamkan pembekal sudah ada pilihan kelapa yang diimport dari Thailand dan Fili­pina, kelapa Indonesia tidak menjejaskan jualan kelapa dari daerah ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini