Lelaki cedera tangan tersepit penggelek kertas - Utusan Malaysia

Lelaki cedera tangan tersepit penggelek kertas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR 19 Sept. – Seorang lelaki cedera apabila tangan kanannya tersepit pada mesin penggelek kertas di sebuah kilang percetakan di Jalan Perusahaan 3, Taman Krian, di sini hari ini.

Mangsa berusia 48 tahun itu dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut sebaik sahaja tangannya berjaya dikeluarkan daripada mesin berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Parit Buntar berkata, pihaknya ke kilang berkenaan untuk membantu mengeluarkan tangan mangsa selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.13 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa tiba di lokasi kejadian, didapati tangan mangsa telah tersepit sehingga ke pergelangan tangan dengan beberapa juruteknik kilang sedang membantu mengeluarkan tangan mangsa.

“Anggota kemudiannya membuka penutup mesin itu dan merenggangkan penggelek kertas dengan menggunakan peralatan ‘crow bar’. Mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dihantar ke hospital,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini