10 remaja lari dari Asrama Akhlak Pokok Sena berjaya ditahan  - Utusan Malaysia

10 remaja lari dari Asrama Akhlak Pokok Sena berjaya ditahan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seramai 10 penghuni Asrama Akhlak Pokok Sena berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas mereka bertindak meloloskan diri dari pusat pemulihan itu yang terletak di Gajah Mati, Pokok Sena di sini semalam.

Seramai sembilan remaja lelaki berusia antara 14 hingga 17 tahun ditemui bersembunyi di kawasan semak di Kampung Durian, Pokok Sena kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Sementara seorang lagi penghuni berusia 17 tahun terlebih dahulu menyerah diri di asrama tersebut kira-kira pukul 5.30 pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, sembilan penghuni asrama itu berjaya ditahan hasil maklumat penduduk kampung yang ternampak tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan semak berkenaan.

“Penduduk kampung terbabit kemudian memaklumkan perkara itu kepada pihak polis dan pemeriksaan menemui sembilan tahanan di situ.

“Mereka ditemui dalam keadaan letih dan kelaparan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini