Pengusaha bas ekspres minta kerajaan segera tentukan kenaikan harga tambang - Utusan Malaysia

Pengusaha bas ekspres minta kerajaan segera tentukan kenaikan harga tambang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semanjung Malaysia (Pembawa) memohon kerajaan pusat memutuskan segera keperluan menaikkan harga tambang selaras dengan kenaikan pelbagai kos yang ditanggung mereka.

Yang Dipertuanya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini pengusaha bas ekspres berdepan pelbagai kenaikan harga termasuk alat ganti, tayar dan minyak diesel.

“Dalam tempoh tersebut juga struktur gaji minimum sektor swasta telah dua kali disemak dengan dua kali kenaikan sedangkan harga tambang bas tiada kenaikan sejak 2008,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Anggota Jawatankuasa Pembawa Ke-9 hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mesyuarat yang dihadiri 18 pengusaha bas ekspres Melayu seluruh Semenanjung itu bagi membincangkan hala tuju industri pengangkutan bas ekspres di Malaysia.

Che Ibrahim berkata, pengusaha bas ekspres juga telah mengeluarkan perbelanjaan besar bagi memastikan perkhidmatan bas ekspres lebih selamat seperti pemasangan sistem pengesanan global (GPS) selain diwajibkan menukar bas yang sudah berusia 10 tahun. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini