Jom Chat malam ini dengan Siti Sarah Raisuddin - Utusan Malaysia

Jom Chat malam ini dengan Siti Sarah Raisuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Penyanyi genit Siti Sarah Raisuddin menjadi tetamu undangan segmen bual santai secara interaktif, Jom Chat di Utusan Online, 9 malam ini.

Kesudian Sarah meluangkan masa untuk menjadi artis jemputan Jom Chat malam ini selepas menunggu beliau melunaskan rakaman single terbaharunya beberapa bulan yang lalu sememangnya dinanti-nantikan oleh penonton Jom Chat yang mengikuti segmen live yang disiarkan di platform media sosial, Facebook Utusan Online pada setiap hari Rabu.

Mengenali Sarah yang melakar namanya dalam industri hiburan tanah air selama 16 tahun, semua peminat tegarnya tahu bahawa Sarah berehat seketika daripada aktif dalam kegiatan seninya kerana memberi tumpuan kepada keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hari ini, kebangkitan semula Sarah menerusi lagu berjudul Semakin, ciptaan suaminya, Shuib Sepahtu telah membuktikan bahawa penyanyi wanita tanah air ini tidak bisa kecundang walaupun di kiri dan kanannya, ramai penyanyi muda.

Karya sulung Shuib untuk didendangkan oleh Sarah adalah kolaborasi magnet di antara pasangan artis suami isteri ini.

Pasinya, malam ini, para pelayar Utusan Online mahu bertanyakan soalan-soalan bernas dan membina kepada Sarah, anda perlu daftar masuk ke Facebook Utusan Online dan tekan like.

Sepanjang Jom Chat yang berdurasi satu jam, disiarkan secara live, Sarah akan menyanyi secara eksklusif untuk para penonton dan peminat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini