Pegawai bomba disyaki salah guna kuasa direman seminggu - Utusan Malaysia

Pegawai bomba disyaki salah guna kuasa direman seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa melibatkan kerja-kerja pembekalan alat ganti.

Perintah reman sehingga Selasa depan itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab. Karim@Isa.

Pegawai berusia 35 tahun berpangkat Penolong Kanan Penguasa yang bertugas di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu suspek yang memakai baju-T berwarna gelap tiba di pekarangan mahkamah dengan menaiki sebuah kenderaan pada pukul 9.44 pagi sebelum dibawa keluar kira-kira sejam kemudian.

Menurut sumber SPRM, suspek ditahan di Ibu Pejabat SPRM negeri kira-kira pukul 8.25 malam semalam. 

Kata sumber itu lagi, suspek dipercayai menggunakan jawatan dan kedudukannya dengan mengesyorkan sebuah syarikat untuk menjalankan kerja-kerja pembekalan alat ganti walkie-talkie kepada Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai membabitkan amaun RM8,100 pada tahun 2016. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini