Lelaki maut ditikam rakan mabuk - Utusan Malaysia

Lelaki maut ditikam rakan mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Seorang lelaki maut ditikam rakannya yang mabuk di bahagian perut dalam satu kejadian di Pandamaran Jaya di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa berusia 42 tahun  mengalami kecederaan di bahagian perut dengan kesan tiga tikaman.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan laporan pengadu berusia 32 tahun, mangsa ditemui di tepi jalan di sekitar kawasan Pandamaran di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini dan dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU). Bagaimanapun disahkan meninggal dunia semalam kira-kira pukul 6.15 petang.

“Mangsa dipercayai disamun berikutan barang peribadi mangsa seperti dompet dan telefon bimbit tiada bersamanya,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Shamsul Amar, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di sebuah restoran di Jalan 2, Pandamaran Jaya.

“Siasatan awal, kita telah menahan lima rakan mangsa berusia 29 hingga 45 tahun dipercayai terlibat dengan kejadian. Mangsa dipercayai mabuk selepas minum bersama kesemua suspek.

“Kesemua mereka yang ditahan semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini